Bagi pemilik rumah atas tanah, pasti sudah lali ‘berperang’ melawan rumput liar yang tumbuh dengan cepat.
Namun siapa sangka, hanya dengan satu bahan ringkas yang mudah didapati di dapur, masalah rumput degil ini boleh dikurangkan dengan berkesan.
Seorang pengguna TikTok, @kebunkecilkaktin berkongsi tip mudah untuk mematikan rumput liar yang tumbuh merata di halaman rumah.
Rahsianya? Garam kasar! Ya, bahan yang sering digunakan dalam masakan ini rupa-rupanya boleh membantu mengawal pertumbuhan rumput.
Ia bukan sahaja murah dan mudah didapati, malah hampir setiap rumah pasti ada stoknya di dapur.
Tip matikan rumput guna garam
Bahan:
- Garam Kasar
Cara-cara:
- Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
- Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
- Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
- Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula.
- Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Bagi ibu atau bapa tunggal yang anak semua duduk jauh, boleh cuba tip ini untuk mengurangkan jumlah tenaga untuk mencabut rumput.
Baca juga: Pelanggan terkejut jumpa kulat berkampung dalam roti sosej, dah telan baru perasan!