Fatiya Latiff anggap kecantikan bukan hanya pada wajah, tapi kekuatan diri

Oleh MAISARAH AISYA

Meskipun berdepan komen dan kata-kata sinis mengenai perubahan ketara pada wajahnya, pelakon Fatiya Latiff berpendapat tidak semua orang mampu memahami apa yang dilaluinya.

Sebelum ini, Fatiya pernah mendedahkan bahawa dia menjalani suntikan ‘filler’ dan botoks pada bahagian pipi, bibir, hidung serta mata demi mengekalkan penampilan muda dan berseri.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatiya meluahkan bahawa ramai tidak mengetahui kisah sebenar yang dilaluinya, sebaliknya hanya menumpukan perhatian pada perubahan wajahnya.

“Saya tahu penampilan saya sudah berubah. Saya bukan lagi seperti dahulu. Saya dengar bisikan, komen, dan penilaian daripada mereka yang tidak tahu apa yang saya lalui.

“Tapi saya tidak dilahirkan untuk kekal sama. Kita semua berubah dan saya juga begitu,” kongsinya di Thread.

Jelasnya kecantikan dirinya tidak hanya pada wajahnya tapi caranya untuk terus melangkah mengjhadapi cabaran dalam kehidupan.

“Kecantikan bukan pada wajah yang saya miliki dahulu. Ia terletak pada cara saya bertahan, cara saya terus melangkah walaupun dunia cuba mematahkan saya.

“Walaupun saya mungkin tidak lagi ‘cantik’ pada pandangan mereka, saya tetap saya dan itu sudah cukup,” jelasnya.

Baca juga: Muka Thalita luka melecur kena minyak panas, pergelangan tangan naik gelembung besar