Lipan selalu masuk bilik air? Ini 5 cara berkesan untuk halang

Oleh MAISARAH AISYA

Lipan antara binatang yang selalu dijumpai dalam rumah terutamanya di bilik air yang, kalau bangun dalam keadaan mamai mestu terus segar bila nampak.

Walaupun kebanyakan lipan yang dijumpai bersaiz kecil, ia mampu membesar jika tidak dibasmi segera.

Gigitan lipan bukan saja menyakitkan, malah boleh menyebabkan bengkak dan memerlukan rawatan di hospital atau klinik.

Haiwan berbisa ini amat gemar berada di kawasan lembap dan berair, menjadikan bilik air lokasi kegemaran mereka untuk ‘menetap’.

Ini adalah lima cara untuk menghalau binatang tersebut dari memasuki bilik air di rumah anda:

1. Pastikan ruang kering dan bersih

Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat membiak haiwan ini.

2. Tabur garam

Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.

Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.

3. Ubat gegat

Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga.

Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap dalam rumah.

4. Buat semburan cecair pencuci pinggan

Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.

Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya.

Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering

5. Serai

Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.

Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil.

Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran. Semoga ini dapat membantu anda.

Baca juga: Khairul Aming raih RM1.8 juta dalam masa kurang 2 minit, 100,000 unit Rendang Nyet habis terjual!