Komisen ‘Kakak Naga’ jual mainan RM5K sehari

Oleh MAISARAH AISYA

Dikenali kerana gelagatnya yang santai dan mencuit hati ketika menjual mainan secara siaran langsung, nama Kakak Naga kini semakin menambat hati ramai.

Pemilik nama sebenar Nurfaezah Khalid ini bukanlah baru berkecimpung dalam dunia jualan dalam talian.

Selama tiga tahun, dia sabar ‘menyemai benih’ hingga akhirnya menuai hasil yang manis.

Gaya spontan dan uniknya telah menjadi ‘signature’ yang diingati penonton, sehingga mampu menarik ribuan orang setiap kali dia bersiaran langsung.

Dalam temu bual bersama radio Era, Kakak Naga mendedahkan bahawa pada awalnya, jumlah penonton siarannya hanyalah beberapa orang sahaja.

“Masa mula-mula buat video dulu, penonton yang tengok siaran langsung hanya tiga hingga enam orang sahaja.

“Dalam tempoh tiga tahun, saya buat live secara konsisten setiap hari walaupun tiada penonton, saya tetap teruskan demi mencari rezeki,” kongsinya dalam temu bual tersebut.

Bukan hanya aktif berjual dalam siaran langsung, Kakak Naga memaklumkan dia juga menjual ubi kukus.

Dalam masa sama dia juga berkongsi hasil penjualan dan komisyen untuk setiap live mencecah hampir RM5,000 sehari.

Selain buat live, akak juga menjual ubi kukus. Kadang-kadang perniagaan okay, kadang-kadang tidak.

“Kalau komisen, sekali live boleh mencecah RM5,000,” kongsinya.

@era.je

Salutelah kat usaha Kakak Naga ni, mula-mula dia buat live 6 orang je tengok. Tapi dia tak pernah give up, 3 tahun dia commit buat tiktok live hari-hari dan sekarang ni dia cakap dia boleh dapat pendapatan RM 5 K sehari tau dan lebih 34k penonton masa dia buat tiktok live. Steadylah Kakak Naga 🙌 #sharERA #3PAGIERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Meskipun ramai tertarik dengan angka komisen yang diterimanya, rata-rata netizen menganggap itu adalah hasil

“Orang nampak yang RM5,000 itu tetapi pengorbanan dia selama tiga tahun tanpa sambutan, itulah yang sebenarnya perit.

“Dia nak dapatkan RM5,000 itu pun makan bertahun. Tahniah, Kakak.

“Saya yang stress bekerja, lepas tengok live Akak Naga terus terhibur dan hilang stress dengan permainan serta gaya dia berniaga. Terhibur betul saya waktu itu.

“Korang jangan tengok kejayaan dia hari ini, korang kena tengok permulaan dia macam mana, daripada lima hingga enam orang penonton, ambil masa tiga tahun,” antara komen netizen.

Baca juga: Wanita dedah taktik ‘scam’ guna isu Zara Qairina, telefon digodam lepas tekan pautan pancing