Anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dilaporkan diserang di sebuah pusat beli di Putrajaya hari ini, lapor Malaysiakini.
Portal itu melaporkan, anak bekas timbalan Presiden PKR itu diserang secara fizikal oleh orang yang tak dikenali kira-kira jam 1.30 tengah hari sebentar tadi di kawasan letak kereta.
Rafizi dalam kenyataan kepada portal itu mengesahkan serangan itu tetapi tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini.
“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” kata anggota parlimen Pandan.
Belum ada maklumat terperinci berkaitan serangan itu dan motifnya belum diketahui.
baca: rafizi