Dalam industri hiburan tempatan, status sebagai seorang artis bukan sahaja dinilai melalui bakat, tetapi juga melalui jumlah pengikut di media sosial dan kolaborasi dengan pelbagai jenama.
Bagi artis yang berada dalam industri dalam jangka lama, pendapatan bulanan boleh mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit hasil daripada pelbagai sumber.
Buat pelakon yang sudah bertapak dalam industri hampir 10 tahun, Ruhainies tampil mendedahkan pendapatannya sebagai anak seni dalam satu temu bual bersama Malaysian Pay Gap.
“Saya seorang artis, artis tempatan dan sudah berada dalam industri ini hampir 10 tahun.
Jadi sebagai seorang artis, apa yang saya buat? Saya menjadi duta jenama, membuat pemasaran afiliasi, berlakon, dan berkolaborasi dengan beberapa jenama.
“Pendapatan saya sebagai artis adalah sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.
“Di Instagram, saya mempunyai 1.7 juta pengikut, manakala di TikTok saya mempunyai lebih 700 ribu pengikut,” konsginya dalam temu bual yang sudah dipadam Malaysian Pay Gap.
Ketika disoal sama ada dia lebih memilih barangan berjenama atau barangang mampu milik, Ruhainies memaklumkan dia mementingkan kualiti.
“Dengan pendapatan setinggi itu, saya membelanjakan wang untuk penjagaan diri, perbelanjaan hidup, dan kos operasi yang agak tinggi.
“Daripada segi pilihan barangan, saya lebih fokus pada kualiti berbanding harga. Jika sesuatu itu sesuai dengan saya, sudah tentu saya akan membelinya,” ujarnya.
Menerusi Instagram Malaysian Pay Gap, video tersebut diturunkan kerana tidak mengetahui ada isu melibatkan Ruhainies.
“Kami tidak mengetahui konteks penuh ketika menyiarkan temu bual ini. Atas rasa hormat, kami telah mengarkibkannya.
“Kami akan terus lebih berhati-hati pada masa akan datang,” ujar kenyataan itu, bagaimanapun video temu bual tersebut dimuat naik pihak lain di media sosial.
Baca juga: Arif Aiman kini antara pemain paling ‘bernilai’ di Asia Tenggara, lebih mahal dari Rizky Ridho!