Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan bahawa anak sulungnya Mohamad Ayden Adrean menjadi mangsa buli di sekolah sehingga diejek sebagai anak yatim.
Katanya, Ayden dibuli secara emosi dan fizikal, namun dia sudah menyelesaikan perkara itu dengan berjumpa sendiri pihak keluarga, pihak sekolah dan pelaku itu sendiri.
“Ayden juga dibuli di sekolah secara emosi dan fizikal, tapi kita dah selesaikan isu tersebut dengan berjumpa keluarga, pihak sekolah dan pelaku sendiri.
“Paling sedih bila ada yang menjerit dan panggil di sekolah agama sebagai anak yatim,” katanya memetik Kosmo! semalam
Dalam masa sama, dia berharap kejadian buli terhadap anaknya tidak berulang lagi selain berdoa Ayden kuat dalam berdepan perkara sebegitu.
“Saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” katanya lagi.
Baca juga: “Korang tuhan ke?” – Haneesya Hanee terkilan isu ‘minum’ kembali tular selepas 8 tahun