Terkini: Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September

Oleh ROSLAN ZAMAN

Prosiding inkues bagi kes kematian adik Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia di sebuah sekolah di sabh ditetapkan bermula 3 September ini dan berlangsung selama 19 hari.

Keputusan itu dibuat menerusi prosiding sebutan kes inkues di Mahkamah Koroner di sini, pada Isnin.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai Koroner, menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan hari ini.

Mahkamah menetapkan tarikh prosiding pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.

Seramai 195 deponan (saksi) pada awalnya disenaraikan, namun jumlah itu dijangka akan dikurangkan.

AKAN MENYUSUL