Tidak solat Jumaat di Terengganu boleh kena penjara 2 tahun

Oleh ROSLAN ZAMAN

Mana-mana lelaki yang beragama islam di Terengganu jika didapati tidak menunaikan solat jumaat di Masjid bakal dipenjarakan.

Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan perkara itu selaras dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016 yang mula berkuat kuasa selepas digubal beberapa tahun lalu, petik Berita Harian.

Beliau berkata, seorang muslim lelaki tanpa alasan yang munasabah turut dikenakan denda RM3,000 jika didapati tidak mengikut undang-undang ini. Individu tersebut juga boleh dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali

Dr Muhammad Khalil menyatakan  sebelum pindaan dibuat, hanya mereka yang tidak hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa agama.

Namun, selepas pindaan ini,  jika tidak hadir sekali pun individu terbabit sudah boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan ditetapkan.

“Peringatan ini penting kerana solat Jumaat bukan sekadar syiar, tetapi juga lambang ketaatan umat Islam.

“Justeru, hukuman hanya akan dikenakan sebagai jalan terakhir sekiranya peringatan tidak diendahkan individu yang culas menunaikan kewajipan itu,” katanya seperti dipetik Berita harian.

baca; ahli pas masuk amanah