Umum tahu mengenai isu kegagalan bisnes BubbleBee dalam melunaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerjanya.
Ramai menganggap itu punca perniagaan semakin merudum dan banyak cawangan ditutup di seluruh negara.
Buat usahawan dan pelawak Shuib, dia menganggap itu adat perniagaan selain meletakkan fokus kepada restoran Sepah Penyet hasil kerjasama dengan rakan baiknya, Mamat lapor Kosmo! Online.
“Saya kira ini tahun kebangkitan juga selepas tiga tahun bisnes saya yang lain ‘jatuh’.
“Bukan jatuh ke tanah sahaja, tetapi ibarat sudah masuk ke dalam lubang sebenarnya.
“Tapi saya tak akan sesekali berhenti sebab suka cabaran dunia perniagaan dan sebab itu terhasilnya Sepah Penyet,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Jelasnya dia memilih Mamat sebagai rakan kongsi kerana percaya akan kemampuan dalam menguruskan perniagaan bersama.
Kongsinya, Shuib kini menyasarkan untuk membuka 15 cawangan baru dan berharap perniagaan kali ini akan membuka ruang pekerjaan kepada orang lain.
“Saya melalui macam-macam perkara magis yang semua Allah sudah tetapkan dan tuliskan dalam hidup.
“Insya-Allah saya harap bisnes baru ini boleh buka peluang pekerjaan kepada ramai orang. Ada yang cakap berniaga ini kena elok sikit dan jangan jadi macam dulu. Saya tahu itu khilaf dan kesilapan dulu.
“Saya sedar kesilapan dan kelemahan sendiri. Tapi kalau nak tahu, saya tak pernah putus asa, sentiasa mencari peluang dan perbaiki diri.
“Saya sentiasa nak majukan apa yang saya lakukan kerana mahu memberi manfaat untuk orang lain,” kongsinya.
Baca juga: Kerja keras seakan dinafikan, ini respon Daiyan Trisha lepas didakwa jadi isteri ke-4 VVIP