Kekecohan berlaku di lapangan terbang apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dan mencetuskan kebakaran di kaunter daftar masuk.
Menurut laporan dari The Sun UK, kejadian yang berlaku di lapangan terbang Milan Malpensa, Itali itu berlaku jam 10.30 pagi pada waktu tempatan.
Rakaman video yang tular di media sosial itu menunjukkan penumpang lain yang berada di kawasan yang sama masing-masing berlari ketakutan apabila sebuah kaunter daftar masuk terbakar dengan membebaskan asap hitam ke udara.
Lelaki itu pada awalnya membakar tong sampah sebelum merosakkan meja dan skrin maklumat menggunakan tukul, lapor media.
Dia turut memukul beberapa anggota keselamatan sebelum ditahan.
Sebahagian lapangan terbang termasuk kawasan daftar masuk ditutup ketika anggota bomba berusaha memadamkan api.