Satu kejadian yang sangat menghayat hati berlaku apabila seorang bayi yang baru dilahirkan putus kepala dan badan di sebuah pusat kesihatan.
Video yang dimuatnaik oleh satu akaun facebook bernama Dewi Purba itu menjadi tular lalu mengundang kemarahan orang ramai yang menggesa siasatan lanjut terhadap pusat kesihatan itu.
Kejadian yang berlaku di Puskesmas Pinangsori, Kabupaten Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, Indonesia itu didakwa berlaku pada Isnin yang lalu.
Dalam klip video menghayat hati itu dapat dilihat bapa bayi berkenaan memeluk erat anaknya yang sudah berbalut kain batik.
Siasatan awal mendapati bayi seberat 4.2 kilogram itu sudah meninggal dunia ketika berada dalam kandungan, namun perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada ibu bapanya kerana bimbang mereka panik.
Proses melahirkan secara normal tetap dilakukan, namun kepala dan bahu bayi dikatakan tersangkut sehingga terputus ketika cuba ditarik keluar.
Dalam ruangan komen, warganet meletakkan kesalahan kecuaian datang daripada petugas perubatan hospital tersebut.
baca: Bayi merdeka