Gelar anak ‘mini wife’ rupanya salah dari segi undang-undang, ini penjelasan peguam

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pempengaruh bergelar bapa menjadi sasaran kritikan orang ramai baru-baru ini selepas menggelarkan anaknya sebagai ‘mini wife’ (isteri kecil) dalam kandungan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya.

Kanak-kanak yang masih bersekolah rendah itu juga turut ‘digayakan’ oleh bapanya sendiri seperti wanita dewasa termasuklah dengan mengenakan solekan di wajah serta memakai kasut bertumit tinggi.

Sang bapa kemudian tampil memohon maaf susulan orang ramai meluahkan kegusaran kerana merasa khuatir jika kanak-kanak malang itu menjadi mangsa ‘grooming’ atau pengantunan seksual serta pedofilia.

Pempengaruh terbabit turut berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dengan tidak memuat naik perkongsian yang tidak sesuai untuk tontonan umum serta memadam semua hantaran bersifat kontroversi.

Isu itu turut menarik perhatian seorang peguam dikenali sebagai Jill Liyana untuk memberikan ulasan berhubung tindakan dilakukan oleh bapa berkenaan daripada sudut undang-undang di akaun TikTok miliknya.

Menurut peguam itu, tindakan pempengaruh terbabit menggelarkan anaknya yang masih kecil dengan istilah mini wife merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

“Tidak, anda tidak boleh menggelarkan anak perempuan sendiri sebagai mini wife di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Malaysia) atau dalam mana-mana istilah umum undang-undang.

“Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan melindungi anak-anak mereka tanpa meletakkan apa-apa istilah yang tidak sesuai dengan usia mereka,” jelasnya dalam ruangan kapsyen hantaran dikongsikan di platform TikTok itu.

Jelasnya, memberi peranan sebagai pasangan (spousal role) kepada seorang kanak-kanak boleh mengaburkan batas hubungan serta boleh dianggap sebagai satu perkara yang memudaratkan perkembangan mereka.

Penggunaan istilah seperti itu juga boleh menimbulkan persepsi berkaitan dengan pengantunan atau eksploitasi seksual yang mana ia adalah kesalahan serius mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

@jillliyana

No, you cannot call your daughter a “mini wife” under the Child Act 2001 (Malaysia) or in general legal terms. Parents are expected to care for their children without subjecting them to roles or expectations inappropriate for their age. Assigning spousal roles to a child blurs boundaries and can be seen as harmful to the child’s development. Such language might be viewed as suggestive of grooming or sexual exploitation, which is an offence under the Child Act 2001 and the Sexual Offences Against Children Act 2017.

♬ Animals – Maroon 5

Baca juga: Erra Fazira akhirnya dedah rahsia, 8 tahun elak berjumpa lepas putus tunang dengan Awie