Umum tahu seorang personaliti media sosial digelar DMA Islam sering memuat naik kenyataan berbaur provokasi meskipun sudah ditegur banyak pihak.
Terbaharu DMA Islam mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki yang buat kerja rumah adalah ‘gay’, ini menaikkan kemarahan ramai lelaki yang bergelar suami.
Tampil menegur, pendakwah PU Syed menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar.
“Tak tahu influencer ke influenza. Yang paling penting sekali buat DMA Islam, apa yang awak sebut tentang orang lelaki kalau dia basuh berak anak, tolong isteri dekat rumah, buat kerja rumah itu dia anggap sebagai bukan lelaki sejati. Itu tak betul lah.
“Baginda Nabi Rasulullah SAW sendiri pun ada membantu isteri-isteri baginda dekat rumah. Adakah membantunya Rasulullah kepada isteri-isteri menunjukkan Nabi tak layak jadi khalifah? Tidak. Nabi segala-galanya.
“Sayyidina Umar ibn al-Khattab, Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq dan seluruh para sahabat Rasulullah SAW ada rekodnya. Mereka bukan sahaja menjadi khalifah, mereka juga menjadi ketua dalam rumah tangga, dan mereka membantu isteri mereka dekat rumah.
“Ia tidak menjatuhkan keaiban dan martabat seorang suami. Bahkan itu menunjukkan keprihatinan suami kepada kesusahan isteri atau membantu isterinya dekat rumah,” kongsi PU Syed dalam hantaran di Instagram
Tegasnya, sebagai seorang yang belum berkahwin, DMA Islam perlu berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Yang pelik juga bila ada seorang pemuda yang belum berkahwin, sembang kencang.
“Jangan sampai kita cerita pakai kepala otak kita yang tidak dilandaskan dengan wahyu Allah SWT ataupun pandangan para ulama.
“Guna pandangan kepala otak semata-mata, tak jadilah,” tambahnya.
Jelasnya, DMA Islam tak perly beri pandangan mengarut kerana tidak menjadi kesalahan di sisi agama untuk para suami membantu meringankan bebanan isteri.
“Jadi, buat DMA Islam janganlah kita bagi pandangan yang mengarut untuk mendapat perhatian orang lain, sebab itu sangat pelik dan menyalahi apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang suami.
“Tak salah suami bantu isteri dekat rumah, nak basuh, nak jaga anak, nak masak, nak menyapu.
“Itu tidaklah menjatuhkan maruah atau martabat seorang suami. Bahkan itu menunjukkan suami itu cakna kepada rumah tangga mereka,” tambahnya.