Papagomo kena penjara 30 hari

Oleh ROSLAN ZAMAN

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Pesuruhjaya Kehakiman GanTechiong menjatuhkan hukuman tersebut selepas Wan Azri didapati 2 kali melanggar perintah injunksi berhubung saman fitnah yang difailkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Bagi pelanggaran pertama awal tahun ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 hari, manakala bagi pelanggaran kedua pada Mei lalu, beliau turut dikenakan 15 hari penjara.

Gan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berasingan, menjadikan tempoh keseluruhan 30 hari. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Mahkamah turut memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM30,000 kepada Razarudin dalam tempoh tiga hingga empat hari.