Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menarik perhatian ramai apabila mendedahkan jumlah besar yang diperuntukkan syarikat tekstil terkemuka itu setiap bulan bagi membayar gaji pekerjanya di seluruh negara.
Menerusi perkongsian di TikTok rasmi Jakel, Faroz memaklumkan beliau membelanjakan antara RM15 juta hingga RM17 juta sebulan untuk pembayaran gaji.
“Sebulan saya bayar gaji pekerja dalam RM15 juta ke RM17 juta.
“Bukan senang nak senang tapi cukup senang nak susah. Saya nak jadi peniaga dan usahawan Melayu yang berjaya,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Faroz selepas ditanya oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, ketika lawatan beliau ke cawangan Jakel di Kuala Lumpur.
Perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen, malah ada dalam kalangan bekas pekerja Jakel yang tampil memuji pengurusan syarikat itu kerana memang terbukti menjaga kebajikan pekerja mereka.
Baca juga: Terkejut tahu gaji pekerja asing di Malaysia cecah RM6,000, kalah orang ada ijazah