Terselindung di sebalik animasi, kanak-kanak terdedah unsur lucah di internet

Oleh MAISARAH AISYA

Kanak-kanak hari ini semakin mudah mengakses internet melalui telefon pintar dan gajet lain.

Tanpa kawalan yang ketat, mereka berisiko terdedah kepada bahan pornografi yang boleh dicapai secara percuma hanya dengan beberapa klik.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan besar terhadap keselamatan digital generasi muda.

Menerusi laman X, seorang pengguna dikenali sebagai @mein berkongsi kebimbangan pengikutnya.

Individu tersebut meluahkan dia merasa terkejut melihat kandungan lucah dalam satu animasi ditonton anaknya.

“Anak aku baru lapan tahun tapi kantoi tengok anime yang ada unsur lucah di YouTube.

Aku ‘depress’ gila dan nak pukul pun dah tak jalan., bahaya YouTube sekarang.

“Ingat sudah guna ‘parental control’ dengan YouTube kid dah selamat, rupanya tak,” kongsi individu tersebut.

Rata-rata ibu bapa menganggap tidak perlu untuk budak bawah umur mempunyai gadjet sendiri.

“Sebab tu kalau anak-anak nak tengok YouTube, memang saya buka dekat TV je. Sebab mudah nak pantau, skrin pun besar. Jadi tak boleh la nak sorok-sorok kalau nak tengok apa-apa.

“Jangan harap la nak bagi phone lepas tu duduk hujung penjuru tengok YouTube,” komen pengguna Facebook.

“Tak tahu apa kepentingannya untuk anak-anak memiliki handphone sendiri. Umpama bagi racun pada anak-anak.

“Kita yang dewasa pun lebih tahu, penggunaan telefon bimbit sebenarnya lebih banyak yang negatif daripada positif,” komen pengguna lain.

Baca juga: CEO Jakel dedah bayar gaji pekerja hampir RM17 juta sebulan