Rupanya boleh pakai lagi! Ini cara berkesan buang kesan terbakar pada seterika.

Oleh WAN SITI AMINAH

Pengguna yang khuatir seterika yang telah dicemari dengan kekotoran bakal merosakkan pakaian lebih cenderung untuk membeli unit baharu walapun peralatan elektrik tersebut masih boleh digunakan.

Namun sebelum membuang seterika lama, pengguna seharusnya berusaha mencari kaedah berkesan mencucinya terlebih dahulu terutama alatan yang dikotori dengan kesan hangus pakaian.

Hal ini kerana peralatan tersebut masih boleh dipakai jika dapat berfungsi dan berikut adalah petua berkesan untuk menghilangkan kotoran pada seterika hingga licin berkilat.

1. Panadol

Siapa sangka, pil ubat-ubatan iaitu Panadol merupakan salah satu bahan berkesan yang mampu menghapuskan kesan hangus dengan cepat.

Mula-mula, anda perlu memanaskan seterika dan basahkan panadol dengan sedikit air. Kemudian, gosokkan panadol tersebut pada kesan kekotoran.

Bagi mengelakkan kecederaan, panadol perlu dipegang dengan alatan yang sesuai seperti gunting supaya peralatan elektrik panas tersebut tidak terkena pada tangan.

Apabila tindak balas berlaku dan kesan hitam mula tanggal, anda boleh lap permukaan peralatan elektrik tersebut dengan menggunakan kain lain.

2. Garam

Mudah didapati, bahan masakan iaitu garam juga boleh membantu menghilangkan kekotoran dengan bantuan surat khabar.

Untuk menggunakan kaedah ini, pembaca perlu meletakkan garam di atas surat khabar terlebih dahulu sebelum memanaskan peralatan tersebut.

Setelah panas, gosokkan seterika pada garam sehingga permukaannya kembali berkilat seperti baharu beli di kedai.

Selanat mencuba! Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca terutamanya buat mereka yang mencari kaedah berkesan untuk memulihkan kembali permukaan seterika seperti sedia kala.

Baca juga: Kamarul Zaman gagal permohonan tangguh bayaran RM400k kepada Hannah Yeoh