Perniagaan makanan ada pasang surutnya, kadang-kadang laku keras hingga meraih untung besar, kadang-kadang juga kurang pelanggan lalu menanggung rugi.
Ketika negara dilanda pandemik Covid19, banyak peniaga terpasksa menerima hakikat penjualan terpaksa dihentikan.
Salah seorang peniaga makanan di Pulau Pangkor, Saifulhamdan Mohd Nasir bersyukur apabila berjaya menggandakan pendapatan bulanan mencecah lima angka selepas hampir gulung tikar.
Menurut Berita Harian, dia dan isteri Noorain Rasli mula berniaga jagung bakar dan minuman di kedai khemah pesisir Pantai Teluk Nipah pada 2016
“Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami cuba meniaga ikan bilis secara pos, namun kurang mendapat sambutan.
“Selepas PKP, perniagaan saya merosot kerana kurang pelanggan sehingga telah menjadi kebiasaan barang jualan rosak dan terpaksa dibuang sehingga jumlah kerugian mencecah RM2,000 setiap bulan.
“Saya mengalami masalah kekangan modal dan kewangan yang sangat teruk ketika itu,” katanya seperti diperik Berita Harian.
Kesusahan ditanggungnya mendapat perhatian pelbagai agensi kerajaan termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).
“Alhamdulillah, rezeki kami tak putus. Pada 2020, kami mendapat pinjaman permulaan RM5,000 dari Tekun Nasional untuk modal membeli barang mentah.
“Kemudian, kami terbaca informasi tentang Geran Usahawan Perak oleh STeP yang dikongsi dalam kumpulan WhatsApp penjaja, lalu cuba mohon bantuan,” kongsinya.
Dalam masa sama STeP turut menaja pelbagai perkakasan penting serta dapur memasK bernilai keseluruhan lebih RM7,000.
“Dengan peralatan baharu ini, kami dapat mempelbagaikan produk dan meningkatkan kualiti perniagaan.
“Sebelum PKP, jumlah jualan kami sekitar RM2,000 ke RM5,000, tapi sejak dapat bantuan dan terus berusaha gigih, kini mampu meraih antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan,” katanya.
Baca juga: MCMC rampas telefon Zarina Anjoulie selepas buat ‘content’ dengan Daddy Ash