Dalam dunia reviu makanan, soal kejujuran sering menjadi persoalan, ada pengulas yang memberi rating tinggi kerana dibayar, walaupun kualiti sebenar tidak menepati apa yang dipromosikan.
Namun, masih ada pengulas yang kekal telus dan profesional walaupun menerima bayaran, mereka tetap menilai berdasarkan rasa, layanan dan pengalaman pelanggan sebenar.
Isu inilah yang muncul dalam satu perbualan WhatsApp yang tular baru-baru ini, apabila seorang peniaga tidak berpuas hati dengan review yang dibuat terhadap kedainya.
Perbualan ini mencetuskan perdebatan kerana melibatkan isu kepuasan pelanggan, nilai bayaran, dan kejujuran dalam promosi online.
Dalam mesej yang tersebar, peniaga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil review yang dibuat:
“Tak function lah video. Macam bingai. Tak ada semangat langsung review,” dalam tangkap layar dikongsi seorang pengguna Facebook.
Peniaga tersebut juga mempersoalkan mengapa kedainya tidak diletakkan di ranking yang lebih tinggi:
“Kau pergi cakap dengan dia, boss tak puas hati kalau (nama kedai pesaing) siap ada dalam top 3 lagi.”
“Sampai (nama kedai sendiri disensor) ala kadar je.
“Nak suruh bayar mahal aku boleh bayar mahal, tapi buat kerja betul-betul lah. Tak payah buat ala kadar,” komen dipercayai daripada pemilik kedai.
Namun, admin page tersebut tampil mempertahankan diri.
Menurutnya, ranking yang diberi sudah adil dan jujur, malah tidak wajar untuk dia menipu dengan menaikkan kedai ke tempat pertama.
“Min bagi top 5 pun salah ke? Jadi nak suruh min tipu kata top 1 ke? Dia panggil min promote kedai, payment pun tak dapat lagi.
“Min post juga. Top 5 kira baguslah dalam Melaka. Semoga maju jaya dalam perniagaan bos”, komen pemilik video.
Tidak mahu membalas mesej dalam keadaan marah, pemilik akaun mengambil keputusan untuk menamatkan isu ini dengan nada profesional.
“Okay dah. Tak naik bos. Okay macam ni lah, berapa kos saya makan hari tu? Saya bayar semula.”
“Semoga terus maju jaya bos,” balas pengulas makanan.
Baca juga: Kamarul Zaman gagal permohonan tangguh bayaran RM400k kepada Hannah Yeoh