Berang diminta muat naik gambar anak, scammer panggil orang lain ‘bahalol’

Oleh MALAYSIADATELINE

Dalam era media sosial hari ini, semakin ramai pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai melalui kisah sedih yang direka.

Antara taktik yang sering digunakan ialah menyamar sebagai individu miskin yang mempunyai anak ramai, mendakwa hidup dalam kesusahan, serta menunjukkan bil kononnya tertunggak atau perbelanjaan asas yang tidak mampu ditanggung.

Mereka kemudiannya menyertakan nombor akaun bank atau kod QR untuk mengutip derma segera.

Seorang pengguna Threads berkongsi tangkap skrin komennya dengan pengguna yang didakwa sebagai scammer.

Berselindung di sebalik akaun, lelaki tersebut memaklumkan dia mempunyai lapan anak dan perlukan duit untuk membayar bil.

“Ada sesiapa boleh bantu saya anak lapan orang. Bekerja kampung, pendapatan tidak tetap. Sekarang saya berdepan dengan bil api untuk 3 bulan yang mencecah RM400 lebih dan air RM300 lebih.

“Makan kena catu demi nak berjimat. Saya menyewa. Kalau ada yang boleh membantu seorang RM10 atau seikhlas hati… Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” komen lelaki tersebut.

Tidak mahu tertipu dengan taktik licik, seorang pengguna dikenali sebagai Reena meminta bukti gambar anaknya untuk melihat keadaan sebenar.

Namun pengguna Threads itu hanya memberikan nombor telefon untuk ‘video call’ dan tetap dengan keputusannya meskipun diminta untuk memberikan ia melalui media sosial sahaja

“Dah bagi nombor WhatsApp, boleh call atau video call. Kenapa nak terus merentan sangat?

“‘Bahalol’, dah bagi nombor suruh WhatsApp lagi nak cakap macam-macam. Kau satu sen pun tak bagi lagi. Mulut kau macam p*ki ada ni.

“Aku mai (datang) ajak laki kau datang jumpa, kau setakat nak kecam orang. Ingat, sedara lah Allah nak uji sekejap je.

“Jangan ingat orang susah kau suka-suka nak perlekehkan,” komen lelaki yang meminta bantuan tersebut.

Rata-rata netizen menganggap pemilik akaun tersebut adalah ‘scammer’ dan berdasarkan pemerhatian, akaun tersebut sudah tidak wujud di Threads.

Baca juga: Ramai tak tahu sisa minyak masak boleh dijual balik, kumpul 5kg boleh dapat RM13