Nasib bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra diputuskan oleh Mahkamah Agung Thailand sebentar tadi. Keputusan mahkamah memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara setahun bagi menjalani hukuman yang telah diterimanya pada tahun 2023.
Mahkamah juga mendapati tidak wajar Thaksin menjalani hukuman penjara dalm suite hospital pada tahun 2023
“Menghantarnya ke hospital adalah tidak sah, defendan tahu penyakitnya bukan perkara yang mendesak, dan tinggal di hospital tidak boleh dikira sebagai hukuman penjara,” kata keputusan yang dibacakan oleh hakim.
Mahkamah memerintahkan pengeluaran waran untuk membawa Thaksin ke Penjara Reman Bangkok untuk beliau mula menjalani hukuman penjara selama setahun.
Sebelum ini Thaksin, 76, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana rasuah dan salah guna kuasa selepas kembali ke negara itu pada Ogos 2023 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan.
Hukumannya juga dikurangkan kepada satu tahun dengan pengampunan diraja, sebelum beliau dibebaskan dalam skim pembebasan awal untuk banduan warga emas.