Seorang pencipta kandungan luar negara yang banyak berkongsi tentang fesyen menjadi perhatian rakyat negara ini selepas berkongsi srekaan skirt terbaru dari sebuah jenama berasal dari Sweden.
Apa yang menjadi bualan, rekaan skirt itu saling tidak tumpah dengan kain pelikat yang sinonim digunakan di sini.
Tidak banyak perbezaan antara skirt berkenaan dengan kain pelikat sehingga ia menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan warganet.
Yang membezakannya adalah kain pelikat diguna seperti kain sarung, manakala skirt yang digayakan wanita berkenaan mempunyai getah di bahagian pinggang dan sedikit lipatan moden di bahagian depan.
Seperti dijangka, reaksi netizen di ruangan komen membuatkan ramai tidak kering gusi.
Mereka pakat berkongsi gambar masing-masing mengenakan kain pelikat.
Tidak ketinggalan, Indonesia dan juga negara Arab tidak terkecuali menegur yang rekaan skirt itu mirip dengan kain yang biasa dipakai di dalam budaya mereka.
Baca juga: Pelanggan jumpa serangga dalam air, kesal pekerja tak minta maaf siap jawab ia ‘normal’