Semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuatkuasa serta merta, kata Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, keputusan itu diarahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, arahan itu berkuatkuasa serta merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual ataupun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.
“Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.
“Arahan itu juga sebagai persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
baca: Anwar Ibrahim