Udang bukan sahaja enak dimakan, malah kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan dan ia mengandungi protein berkualiti tinggi untuk membantu membina otot serta memperbaiki tisu badan.
Ramai tak tahu yang udang juga rendah kalori serta mengandungi asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan jantung dan fungsi otak.
Mineral seperti zink, selenium dan iodin dalam udang turut menyokong sistem imun, manakala vitamin B12 membantu menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan tenaga.
Tapi ada masa bila masak udang selalunya terlebih masak dan rasa lembik mesti ramai nak ia rasa ‘juicy’.
Ikuti perkongsian personaliti media sosial, Che Nom mengenai cara untuk pastikan udang rangup, juicy dan warna oren menyala.
Cara-cara:
- Mula-mula rebus udang sekejap je, cukup 1–2 minit sampai kulit bertukar oren dan bentuk ‘C’.
- Jangan lebih masa ya, nanti keras.
- Lepas tu, terus celup dalam air berais.
- Celup dalam air berasi ni akan hentikan proses memasak serta-merta, jadi isi udang kekal lembut, manis segar, tak liat.
Tip Che Nom:
- Masukkan sikit garam dalam air rebusan untuk rasa lebih fresh.
- Kalau rebus banyak, pastikan setiap batch masuk ais dulu.
- Air rebusan jangan dibuang, boleh simpan buat stok sup atau kuah.
Mudah kan? Dengan cara ini, udang anda akan sentiasa tampil ‘perfect’ setiap kali dimasak, sama ada untuk lauk harian mahupun hidangan istimewa.
Baca juga: Ramai salah anggap, 5 jenama yang selalu kita guna sebenarnya bukan produk Malaysia