NASA kongsi gambar bentuk Malaysia dari angkasa

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kebiasaannya kita melihat bentuk Malaysia daripada peta dunia sahaja. Bentuknya yang memanjang dari utara ke selatan digabungkan dengan peta dari Sabah dan Sarawak di sebelah kanan semenanjung.

Namun pernahkah anda melihat bentuk Malaysia yang ‘real’ dari atas satelit? adakah bentuknya sama seperti di dalam peta dunia yang selalu kita lihat?

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) baru-baru ini berkongsi gambar yang menunjukkan rupa bentuk Malaysia yang sebenar dari angkasa.  

Kedutaan Amerika Syarikat berkongsi gambar Malaysia dan negara Asean yang lain lantas menarik perhatian dari netizen.

“Pemandangan yang menakjubkan dari 257 batu di atas Asia Tenggara!

“Seorang angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa merakam pemandangan awal pagi pada jam 12:42 pagi dengan lampu Kuala Lumpur dan Singapura bersinar terang di Semenanjung Tanah Melayu.

“Anda juga boleh melihat bot nelayan yang bertaburan di seluruh Teluk Thailand dan Laut China Selatan, bersama-sama dengan lampu bandar dari Bangkok, Phnom Penh dan Bandar Ho Chi Minh,” tulis kedutaan Amerika Syarikat.

baca: anak malaysia