Keadaan Masjid Kristal yang menjadi ikon pelancongan di Terengganu mencetuskan rasa kecewa orang ramai selepas tular gambar-gambar terbaharu kawasan sekitarnya yang kelihatan kotor, usang dan tidak terjaga.
Menerusi hantaran seorang pengguna Threads @zaihafiq_zaidi, individu itu berkongsi beberapa gambar menunjukkan perkarangan masjid yang agak kotor dengan genangan air penuh sampah sarap.
“Sedih, kotor dan usang kawasan sekeliling masjid tidak dijaga. Malu bila pelancong luar datang sebab masjid melambangkan Islam tetapi kotor kawasan sekeliling. Rasanya kawasan ibadah agama lain lagi bersih dan diatur dengan baik,” tulisnya.
Perkongsian itu segera menarik perhatian warganet yang rata-rata menyuarakan rasa terkejut dan kecewa kerana Masjid Kristal menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Terengganu seolah terbiar tiada yang uruskan.
Mereka berharap pihak berkuasa negeri dan pengurusan masjid dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kawasan berkenaan kembali bersih dan terurus bagi menyambut kehadiran pelancong serta jemaah tempatan.
Baca juga: Bayar hotel RM2K tapi kena check-in jam 4pm, keluar pukul 11am