Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan sebanyak RM35.7 Juta nilai cukai jalan yang tertunggak melibatkan kenderaan mewah.
Tambahnya, lima jenama kenderaan mewah yang terlibat ialah Rolls Royce, Bentley, Lamborghini, Ferrari dan Porsche.
Loke dalam sidang medianya berkata jumlah itu membabitkan kenderaan milik individu berprofil tinggi termasuk ahli politik, ahli kenamaan dan tokoh korporat.
“Keseluruhannya lima jenis (kenderaan mewah) dah cecah RM35.7 juta tak bayar cukai jalan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah laksanakan Ops Luxury dan akan sita kenderaan tak bayar cukai jalan.
“Semua nama-nama maklumat kita ada…ada orang kenamaan, orang politik, ada yang bergelar Tan Sri. Saya tak nak nyatakan nama, saya minta mereka kalau kereta masih aktif (digunakan) sila bayar cukai jalan,”
baca: Kereta elektrik cukai bayar