Pelaksanaan hari pertama program subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang dibuka terlebih dahulu kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berjalan lancar.
Ini adalah dengan penyertaan hampir 20 peratus daripada keseluruhan 300,000 anggota yang layak.
Setakat jam 9 malam semalam, sebanyak RM2.6 juta pembelian telah direkodkan untuk pembelian 1.3 juta liter petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.
Menurut laporan dari Kementerian Kewangan (MoF), sistem BUDI95 beroperasi dengan stabil dan pembacaan MyKad di terminal stesen minyak berjalan dengan baik.
Kementerian Kewangan merakamkan penghargaan kepada semua anggota ATM dan PDRM yang menjadi kumpulan pertama memanfaatkan kemudahan ini.
Program BUDI95 akan diperluas mulai 28 September 2025 kepada lebih 5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori B40.
Ia akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 30 September 2025 untuk 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah.
Bermula hari ini, seramai 5 juta penerima STR boleh menikmati BUDI95 pada harga RM1.99 seliter.
Program BUDI95 akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 30 September 2025 untuk 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah.
Sejak portal BUDI95 dilancarkan pada 25 September 2025, sebanyak 8.1 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan untuk menerima subsidi RON95 ini.
Baca juga: 26,000 lesen memandu diperbaharui setiap hari lepas PM umum subsidi RON95