Semakin ramai bakal pengantin kini memilih untuk menyediakan hantaran yang lebih kreatif dan unik sebagai tanda penghargaan kepada pasangan.
Trend ini bukan sahaja menjadikan majlis pernikahan lebih istimewa, malah hantaran itu sendiri adalah simbol usaha dan keikhlasan dalam membina kehidupan bersama.
Buat penyanyi Sissy Imann yang sah bergelar isteri kepada pilihan hati, Dr. Zamir Hilman Hamzah, nombor plat khas menjadi hantaran terunik buat dirinya.
Nombor plat khas SIS5795 adalah gabungan simbolik nama penyanyi berusia 30 tahun dan tahun kelahirannya, 1995 lapor Kosmo! Online.
Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil juga menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840 manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Malah percutian bulan madu ke Rome, Italy juga menjadi salah satu hantaran yang menjadi tumpuan ramai buat pasangan dengan jarak usia 11 tahun itu.
Pasangan tersebut mula berkenalan selepas Sissy menerima rawatan di klinik milik doktor berusia 41 tahun itu sekitar Januari lalu.
Baca juga: Zhiddin Aziz ‘bedah’ nama restoran Khairul Aming, dedah makna sebenar Rembayung?