Seorang ibu meluahkan rasa bimbang selepas mengetahui anaknya yang masih kecil bermain satu permainan mudah alih yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Dalam perkongsian di Threads, individu menggunakan akaun Anna Talita mendakwa permainan yang dinamakan “Move People” itu dibenarkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas, namun menurutnya ia langsung tidak sesuai kepada golongan itu.
Ini kerana, permainan itu mempunyai elemen “dewasa” di mana pemain boleh menggerakkan tubuh badan kartun untuk melakukan aksi-aksi yang diminta di dalam permainan tersebut.
“Watak permainan ini ada lelaki dan perempuan. Cara mainnya, pengguna yang kena gerakkan kaki dan tangannya. Jadi akan ada lah lelaki angkat perempuan, perempuan duduk atas lelaki. Macam-macam lah.
“Masa kantoi, anak aku cepat-cepat padam ya permainan itu. Aku naik hantu sungguh sebab dia boleh nak sorok-sorok,” kongsinya.
Katanya, dia baru sahaja tahu mengenai permainan tersebut dan anaknya juga tidak tahu ia berkenaan apa.
Dia menasihatkan ibu bapa untuk memantau telefon bimbit anak-anak termasuk setiap aplikasi dan permainan yang dimuat turun.
“Aku memang pantau telefon yang anak aku slalu main. Memang tak pernah nampak pun permainan ini. Rupanya dia baru je muat turun, dia pun tak tahu ini permainan apa.
“Kepada ibu bapa yang ada anak, tolonglah pantau anak korang. Jangan biarkan anak-anak korang main telefon sendiri. Tengok apa yang anak muat turun. Jaga anak sekarang sangat mencabar,” katanya lagi.
Baca juga: ‘Bukan semua duda bak malaikat, janda macam syaitan’ – Fazley nasihat jangan cepat hukum