Dari pentas melawak ke dunia restoran, pelawak terkenal Ajak Shiro mencuri perhatian apabila tampil mendedahkan kejayaan perniagaannya yang kini mencipta rekod baharu.
Restoran nasi padang milik Ajak kini melakar sejarah bajaru selepas menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).
Menurut Kosmo! Online, rekod tersebut adalah selepas restorannya mencatat ‘Jualan Tertinggi Hidangan Nasi Padang dalam Tempoh Satu Hari’, apabila berjaya menjual 23,674 hidangan pada 1 Januari lalu.
Selaku pengasas dan pemilik Bumbu Babah, Ajak berkongsi bahawa kejayaan berkenaan dapat dicapai kerana sokongan rakyat Malaysia serta komitmen pasukan di belakang tabir.
“Pencapaian ini bukan sekadar angka tetapi adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.
“Walaupun pada awalnya saya risau sama ada menu nasi padang ada orang makan atau tidak.
“Syukur ramai memberi sambutan yang hebat daripada orang ramai, sehingga kini sudah ada 40 cawangan dan ada juga jumpah jualan cecah RM5 juta” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam masa sama Ajak mengakui turut berdepan dugaan termasuklah ada orang mempertikai sijil halal seperti yang berlaku kepada restoran milik usahawan Khairul Amin.
“Antara cabaran terbesar ialah apabila ada pihak yang memviralkan isu sijil halal di media sosial.
“Realitinya, proses mendapatkan sijil itu memerlukan tempoh tertentu dan tidak mudah untuk diperoleh serta-merta kerana syaratnya premis perlu beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan.
“Perkara sama turut dialami oleh pempengaruh Khairul Aming ketika ini. Individu yang berilmu akan mencari jawapan secara mendalam.
“Namun ada juga yang terus menghukum menu restoran makanan saya sebagai haram. Tapi tak mengapa ada proses yang mereka tak faham,” ujarnya.
Tahun pertama beroperasi, Bumbu Babah berjaya menghidangkan lebih tiga juta nasib padang selain merekodkan lebih 200,000 keahlian setakat ini.
Baca juga: Betul ke keluarga ikut Sissy Iman pergi bulan madu? Tuan badan tampil beri penjelasan