Perbandingan gaji B40, M40, T20 ikut negeri, tapi negeri mana yang gaji rendah pun dah boleh jadi T20?

Oleh KIM SYAZIE

Perbezaan gaji dan taraf ekonomi antara negeri menjadi bualan hangat di media sosial selepas seorang pengguna Threads memuat naik tiga infografik menunjukkan perbandingan kategori isi rumah B40, M40 dan T20 di setiap negeri.

Menariknya, perbandingan itu menunjukkan seseorang yang dikategorikan sebagai B40 di Kuala Lumpur, boleh dianggap T20 jika tinggal di Kelantan.

Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM9,150 sebulan di Kuala Lumpur masih tergolong dalam kumpulan B40, manakala di Kelantan, pendapatan melebihi RM6,620 sudah pun berada dalam kelompok T20.

Perbezaan ketara itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

“Saya adalah T20 di Kelantan, B40 di KL,” kata pengguna Threads yang memuat naik infografik berkenaan.

Data infografik itu disediakan PPIM yang mengambil data dari Jabatan Statistik Malaysia.

Perkongsian ini menarik minat ramai yang mula membandingkan gaji mereka dengan taraf ekonomi di setiap negeri.

Mereka juga baru mengetahui bahawa taraf ekonomi berbeza di setiap negeri.

Baca juga: Cikgu kesal ibu bapa tak ajar anak ‘cebok’ sebelum hantar ke sekolah, buka bekal pun tak reti