Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Jepun dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa.
Terutamanya melibatkan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh membawa maksud kurang sopan dalam bahasa tempatan.
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, individu dikenali sebagai AkokChannel menjelaskan bahawa terdapat perkataan biasa seperti ‘cincin’ yang sebaiknya dielakkan disebut ketika berada di negara itu kerana bunyinya boleh disalah tafsir.
“Di kedai-kedai, jangan sebut ‘cincin’. Bahasa kasar di sini,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Selain itu, perkataan ‘mangkuk’ juga dikatakan mempunyai sebutan yang hampir dengan istilah kurang sopan dalam bahasa Jepun.
“‘Mangkuk’ pun jangan sebut. Dalam bahasa Jepun, ia boleh jadi perkataan kasar,” jelasnya lagi.
Walaupun kedua-dua perkataan itu tidak membawa maksud negatif dalam bahasa Melayu, perbezaan sebutan dan interpretasi dalam bahasa lain boleh menyebabkan salah faham sekiranya tidak dititikberatkan.
“Cincin (ちんちん) dalam bahasa Jepun merujuk kepada alat sulit lelaki (bahasa kanak-kanak/slang).
“Jika anda menyebut ‘cincin’ di hadapan orang Jepun, ia boleh menimbulkan salah faham yang besar, berbunyi kurang sopan atau dianggap sebagai gurauan lucah.” jelas seorang pengguna TikTok.
“Cincin tu kemaluan lelaki, mangkuk atau manko dalam Bahasa Jepun tu kemaluan wanita,” komen seorang lagi pengguna.
Baca juga: JP Morgan ramal Malaysia dan China dapat bertahan jika berlaku kenaikan harga minyak mendadak