Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila set kambing panggang (lamb chop) yang dipesannya didakwa tidak setanding dengan harga RM38 yang dibayar.
Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @yasiraidris memuat naik tiga keping gambar kambing panggang yang dipesannya dari sebuah gerai tomyam melalui platform FoodPanda.
Hirisan kambing tersebut kelihatan sangat kering, nipis, leper dan keras tidak seperti yang diiklankan.
Wanita itu berkata, dia tidak meletakkan jangkaan tinggi untuk sebuah kedai tomyam menyediakan hidangan western, namun dia juga tidak menyangka hidangan tersebut sangat teruk dan tidak setimpal dengan bayaran mahal.
“Sampainya hati lamb chop RM38 begini sekali rupa dia. Tak ada lah letak jangkaan tinggi pun dari kedai tomyam tapi ini teruk sangat.Â
“Kering, kecil, nipis gila. Dah lah pesan priority delivery tapi menunggu sejam lebih, dengan penghantar makanan hantar pesanan orang lain dulu. Sekali macam ini rupanya.
“Kepada yang tanya kenapa saya beli dekat kedai tomyam, asalnya nak beli nasi goreng tu je untuk suami.
“Tapi tengah scroll tu tiba-tiba teringin lamb chop. Itu yang pesan sekali. Tak letak jangkaan tinggi pun tapi sekurang-kurangnya boleh makan je. Ini teruk sangat, inedible,” luahnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan kekecewaan wanita berkenaan.
Ramai mengakui terkejut melihat kualiti hidangan yang disifatkan tidak setimpal dengan harga dikenakan.
Malah, segelintir netizen mengecam tindakan peniaga berkenaan yang didakwa tidak berlaku jujur dalam penyediaan makanan, selain menyifatkan hidangan tersebut seolah-olah memperdayakan pelanggan.
Antara komen yang ditinggalkan netizen ialah:
“Ingatkan kelawar tadi.”
“Jahat betul orang yang berniaga macam ni, semoga lingkuplah kedai dia.”
“Kedai tomyam, bukan kepakaran dalam penyediaan makanan western tapi letak harga sampai RM38?? Jadi kalau orang cakap kenapa beli juga? Sebab teringin nak makan. Dah ada dalam menu, tak salah pun nak order. Dengan harga tu kita mesti harap yang senonoh lah sikit kan. Haihh!”.
Baca juga: Kenapa subsidi diesel perlu disasar? Rupanya bukan rakyat sahaja yang menikmati subsidi sebelum ini