Pelancong warga China ‘sound’ staf hotel pasal bendera, sekali kantoi itu bendera Piala Dunia

Oleh MALAYSIADATELINE

Seorang pelancong warga China menerima kecaman dari rakyat Malaysia selepas didakwa tidak blelaki warga China mencetuskan perdebatan di media sosial selepas videonya mempersoalkan ketiadaan bendera China di sebuah hotel ketika berada di Malaysia tular.

Menerusi video yang dikongsi, lelaki itu mendakwa berada di Malaysia atas urusan perniagaan dan hairan apabila melihat banyak bendera negara lain dipasang di luar premis hotel, namun bendera China tidak kelihatan.

Menurutnya, perkara itu mendorong beliau bertanyakan sendiri kepada seorang kakitangan hotel mengenai situasi berkenaan.

“Saya nampak ada bendera-bendera di luar koridor, tanpa ada bendera China. Jadi saya panggil seseorang (staf hotel), kenapa tak ada bendera China.

“Kalau awak nak duit daripada orang China, tolong kibarkan bendera kami,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, dakwaan itu mengundang pelbagai reaksi selepas pemilik akaun The Great Translation Movement menjelaskan bahawa bendera yang dipamerkan sebenarnya ialah bendera negara-negara yang layak bertanding dalam kejohanan Piala Dunia, bukannya paparan bendera semua negara.

“Patutkah seseorang maklum dekat dia itu semua bendera Piala Dunia?” ujar pemilik Threads.

Ada yang berpendapat lelaki tersebut mungkin tidak mengetahui tujuan bendera itu dipasang, manakala ada juga yang mengkritik tindakannya kerana dianggap membuat kesimpulan tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

“Itu bendera team negara yang main World Cup. Baru keluar gua ke brader tu,” komen Azim.

“Kesian akak tu. Dia mesti tak tau nak react macam mana. Bukan semua orang ambil tahu pasal world cup,” komen Haslinda.

Baca juga: PM Anwar terharu warga emas sanggup kayuh beca demi hasrat isteri bertemu beliau