Seramai 85 orang penerima meraih manfaat melalui Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada Masyarakat Orang Asli Tahun 2026 dengan siri jelajah diteruskan di daerah Kuala Kangsar, Perak.
Program penyerahan bantuan STR secara tunai itu dilangsungkan di Dewan Pandak Hamid, Orang Asli One Stop Centre, Bawong, Sungai Siput (U) semalam dengan jumlah penunaian sebanyak RM53,750.00.
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa insiatif tersebut dilaksanakan hasil kerjasama pihaknya bersama Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
“(Program dilaksana) Bagi memastikan bantuan kerajaan dapat disalurkan secara terus kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank, khususnya masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.
“Turut serta dalam program ini ialah Rakan Niaga SARA di bawah Jualan Rahmah, yang memberi peluang kepada penerima yang layak membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad masing-masing,” kata kenyataan dikongsikan di platform Facebook itu.
Perluasan penunaian STR dilakukan saban tahun itu adalah usaha kerajaan dalam memantapkan penyampaian awak agar bantuan sampai kepada masyarakat yang amat memerlukan termasuklah Orang Asli di kawasan pedalaman.
Baca juga: Perbelanjaan Pengguna Malaysia Dijangka Meningkat Pada 2026 – BMI