BUDI95 dipuji kekang ketirisan, tular dakwaan penyeludupan petrol ke Thailand merosot

Oleh MALAYSIADATELINE

Seorang pengguna media sosial mendakwa aktiviti penyeludupan petrol ke Thailand, khususnya di kawasan sempadan Kelantan, semakin berkurangan selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol menerusi program BUDI95.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna MNazim mendakwa rakannya yang merupakan warga Thailand memaklumkan bahawa kelibat rakyat Malaysia yang menjual petrol di negara jiran itu hampir tidak lagi kelihatan.

Menurutnya, sebelum ini terdapat individu yang didakwa membeli petrol bersubsidi di Malaysia sebelum menjualnya semula di Thailand bagi mengaut keuntungan.

“Ada kawan business aku warga Thai dia bagitahu sejak rasionalisasi subsidi petrol BUDI95 tiada dah warga Malaysia di sempadan jual petrol di Thailand.

“Bayangkan dulu diorang ambil untung RM1 satu liter pergi jual dekat Thai sebab dekat Thai harga petrol RM6 seliter. Jual RM3 seliter di sana memang laku keras.

“Sekarang penyeludup dah tak boleh buat business seludup petrol di Kelantan sempadan Thai,” dakwanya.

Hantaran tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Seorang pengguna mendakwa pihak yang sebelum ini membantah pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol berkemungkinan terkesan kerana kehilangan sumber pendapatan daripada aktiviti penyeludupan.

“Tu sebab ada orang Kelantan dan Kedah marah benar dengan PMX… Tak ada dah income jadi penyeludup. Cikgu suruh kau belajar rajin-rajin, kau merempit. Hidup susah tak habis-habis nak salahkan orang,” komen seorang pengguna Threads.

“Kebenaran yang menyakitkan. Bukan semua yang marah sebab sayang rakyat sangat pun. Mereka yang marah sebab source of easy money dah makin susah,” komen seorang lagi pengguna Threads.

“Please sebarkan kebenaran ni. Bagi walaun-walaun buka mata. Tak ke pelik? Lepas PMX wajibkan beli minyak paket pakai IC (kad pengenalan), barulah minyak paket melambak kat pasaran. Itu pun walaun tak nampak. Sedihnya!” komen pengguna lain.

Sebelum ini kerajaan menegaskan pelaksanaan subsidi bersasar bertujuan memastikan subsidi dinikmati golongan yang benar-benar layak, selain mengekang ketirisan dan penyeludupan bahan api ke negara jiran.

Baca juga: Penjimatan Penyasaran Subsidi RON95 Tidak Disimpan Sebagai Lebihan Fiskal Semata-mata – MOF