Acah kutip sampah dekat pantai, wanita dikecam tinggal plastik lepas habis rakam video

Oleh KIM SYAZIE

Depan kamera bukan main lagi lagak baik namun selepas terhenti rakaman maka muncul sifat sebenar yang terlindung.

Seorang wanita di Australia mendapat kecaman hebat selepas berpura-pura mengutip sampah untuk kandungan (content) di media sosial.

Menurut News.com, wanita yang juga seorang pempengaruh media sosial itu dikatakan meninggalkan beg plastik sampah selepas selesai rakaman.

Dalam video yang tular, dapat dilihat wanita tersebut dilihat mengutip sampah sambil dirakam oleh rakannya.

Aksi mereka itu telah berjaya dirakam individu lain yang berada agak jauh dari mereka.

Selepas selesai dengan content tersebut, dia melepaskan beg plastik sampah di atas tanah sebelum menari dan berlalu pergi begitu sahaja bersama tukang rakam.

Seorang saksi yang berada di situ menjerit ke arah mereka untul berhenti berpura-pura mengutip sampah dan membiarkan plastik sampah begitu sahaja.

Namun wanita tersebut dan rakannya tidak mengendahkan hal tersebut dan terus berjalan meninggalkan lokasi kejadian.

Ramai orang muda terlalu mengkagumi pempengaruh media sosial apatah lagi yang mempunyai pengikut tinggi.

Namun pastikan tahu batasnya kerana kita tidak akan pernah tahu personaliti sebenar mereka dibalik kamera.