Dua orang selebriti yang tidak didedahkan nama didakwa mempunyai kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit tetapi masih gagal membayar cukai jalan dan perlindungan insurans.
Hasil pemerhatian pihak berkuasa, selebriti berkenaan tidak lagi memandu kenderaan berkenaan, sebaliknya hanya disimpan di rumah.
Perkara itu didedahkan Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, yang memaklumkan penemuan itu hasil risikan dan siasatan pihaknya menerusi Ops Luxury yang diadakan di seluruh negara.
“Kita dapati ada dua lagi selebriti yang belum bayar cukai jalan kenderaan mewah mereka.
Hasil pemerhatian kita, mereka tidak lagi memandu kenderaan itu yang diletakkan di rumah, hanya guna kenderaan lain untuk keluar,” katanya dalam sidang media.
Beberapa pemilik kereta mewah menggunakan alasan jarang menggunakan kenderaan berkenaan kecuali sebagai weekend car (kereta hujung minggu).
Namun, Muhammad Kifli berkata, perkara itu tetap menjadi satu kesalahan kerana cukai jalan dan insurans tidak diperbaharui dalam tempoh masa lama.
Baca juga: Wanita dedah taktik ‘scam’ guna isu Zara Qairina, telefon digodam lepas tekan pautan pancing