Tular sejak dua menjak ini mengenai kesalahan jalur gemilang yang diletakkan pada logo atau surat khabar.
Sepatutnya mereka yang terlibat dengan bidang grafik akan lebih teliti akan soal ini yang menjadi isu sensitif buat rakyat malaysia.
Namun masih ada juga yang buat kesilapan, terbaru adalah logo yang dibuat bersempena Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2025.
Rata-rata netizen mengkritik selepas melihat bintang kuning hanya ada 11 bucu dan 12 jalur merah serta putih berselang-seli.
Umum tahun bendera Malaysia mempunyai 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit serta bintang 14 mata.
Bagaimanapun menerusi Facebook PAS Terengganu, permohonan maaf sudah dibuat dan logo baru juga sudah dimuat naik menggantikan logo lama.

“Urusetia Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2025 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas teguran daripada pelbagai pihak berhubung rekaan logo ‘teaser’ TMT 2025.
“Pihak kami ingin merakamkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat dan penyokong atas kekhilafan teknikal yang tidak disengajakan dan telah mengambil tindakan segera untuk menarik balik penggunaan logo tersebut.
“Sehubungan itu, berikut adalah versi logo baharu HTMT 2025 yang telah diperbetulkan dan akan digunakan dalam semua bahan promosi dan siaran rasmi selepas ini.
“Pihak kami menjemput seluruh rakyat untuk hadir memeriahkan program Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2025 yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Mei 2025 di Kemaman nanti,” ujar kenyataan di Facebook.
Rata-rata netizen mula mengkritik tindakan mereka yang hanya meminta maaf sedangkan ada pihak lain yang ditahan untuk membantu siasatan.


Baca juga: Masuk umur 35 tahun ini sepatutnya jumlah wang persaraan yang anda patut ada