“Ada neraka khas untuk korang!” -Warganet jijik lihat lelaki selamba ‘jual’ isteri hamil 2 bulan

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah ada pasangan yang halal masih tetap mencari yang haram lebih menyedihkan lelaki ini sanggup ‘menjual’ isteri yang sedang hamil di media sosial.

Tangkap layar lelaki tersebut tersebar secara meluas baru-baru ini selepas mendapt kritikan daripada warganet.

Dalam hantaran tersebut jelas lelaki tersebut bertanya siapa yang mahu meniduri isterinya yang hamil perlu membayar RM350, malah harga berbeza bergantung pada servis.

Jelas harga tersebut adalah RM350 kalau memakai kondom, RM550 kalau tak pakai kondom, siap perlu bagi si suami lihat lagi perbuatan mereka.

Malah lelaki tersebut menawarkan khidmat tersebut hanya kepada orang Melayu sahaja.

Lebih menjijikkan ada yang membalas hantaran tersebut untuk bertanya jika isteri lelaki tersebut sedia melakukan seks ketika perut sudah membesar.

Susulan hantaran berkenaan tular, seorang pengguna menyeru pihak Polis Diraja Malaysia dan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia mengambil tindakan segera.

Rata-rata warganet mengutuk tindakan lelaki tersebut yang seolah-olah tiada pegangan agama.

“Macam ni senang je, jadi pelanggan mereka lepastu cekup dua-dua bangsat ni.

“Jijiknya ya Allah, semoga aku dan bakal suami aku dijauhkan daripada benda jijik dan buruk macam ini ya Allah.

“Kesian lah anak dalam perut tu, dengan mengandung sangguplah buat benda terkutuk macam ni. Suami pula yang jual bini, bini pun rela hati nak,” antara komen warganet.

Baca juga: Baling bungkusan biskut di dada isteri, lelaki berusia 70 tahun ditahan polis