Ada sebab kenapa Ustaz tak galakkan pasang Ruqyah dalam kereta, “masa memandu sebenarnya kita lalu tempat dia”

Oleh KIM SYAZIE

Benarkah jika individu yang mempunyai gangguan, apabila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran termasuklah ayat Ruqyah akan mempunyai tindak balas seperti meracau-racau?

Wallahualam namun beberapa golongan yang arif mengenai hal ini mengakui hal sedemikian.

Oleh sebab itu, ada beberapa pendapat yang tidak menggalakkan kita memasang ayat ruqyah semasa memandu kerana bimbang pemandu memberi tindak balas tidak sepatutnya.

Sebenarnya, larangan untuk membaca ayat Ruqyah adalah untuk golongan yang mudah mengalami kerasukan sahaja.

Dengan itu, kenal pasti dahulu sama ada anda pernah dirasuk ataupun tidak. Kalau tidak pernah, maka tiada masalah untuk anda mengamalkan ayat-ayat suci di dalam kereta.

Seseorang yang pernah dirasuk sebenarnya lebih mudah untuk terkesan. Malah mereka boleh hilang kawalan terhadap kenderaan apabila mendengar bacaan Al-Quran di dalam kereta.

Begitu juga dengan penumpang di mana mereka boleh melakukan tindakan yang luar biasa apabila dirasuk seperti cubaan untuk membuka pintu untuk melompat keluar daripada kereta.

Perkara ini boleh mengakibatkan kemalangan.Mengenai bacaan di dalam kereta, pakar gangguan makhluk halus berpendapat bahawa apabila kita bergerak dari titik A ke titik B, kita sebenarnya melalui tempat-tempat mereka.

Bacaan ayat Ruqyah boleh dianggap mengganggu dan mengancam tempat mereka. Maka itu, mereka akan bertindak. Sejauh manakah kebenaran perkara ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Kalau nak minta perjalanan kita selamat dengan Tuhan, baca doa naik kenderaan, kedua baca ayat Kursi wakaf sembilan untuk minta musafir kita selamat.

“Jangan bacalah ayat-ayat Manzil dalam kereta atau ayat-ayat ruqyah kerana mengganggu sebab jalan kita lalu ke rumah ni, kita lalu ‘rumah dan kawasan orang’.

“Kita ada rumah, ‘benda’ tu pun ada rumah juga. Kita lalu rumah ‘dia’ kita pasang ayat al-Quran, terganggu dia,” jelas pendakwah terkenal, Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Mohamed, menerusi satu sesi ceramahnya di YouTube baru-baru ini.

Untuk mengelakkan daripada situasi sebegini berlaku, adalah lebih baik sekiranya amalan membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran di dalam kereta ditangguhkan dahulu.

Baca juga: “Aku pelik isteri aku selalu hantar anak mengaji dekat rumah Ustaz sampai lewat malam, semuanya terbongkar bila aku buka WhatsApp…”