Tidak menghalang jodoh buat ibu bapa yang sudah bercerai, pelakon Mia Sara menerima keputusan bapanya Datuk Afdlin Shauki menikahi rakannya sendiri.
.Baginya sebagai seorang anak, dia menyokong apa sahaja dilakukan ibu bapanya untuk cari kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup.
Walaupun Afdlin dan isterinya, Marcella mempunyai jarak umur 25 tahun, bagi Mia ia bukanlah satu masalah lapor Berita Harian.
“Saya rasa okay sahaja sebab sudah rapat dengannya.
“Saya terima apa-apa perkara yang ibu bapa hendak buat untuk gembira. Saya ini siapa untuk cuba halang sesuatu.
“Iya, saya anak ayah. Tetapi saya tidak mahu ibu bapa tidak gembira,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Dengan jarak umur hanya tiga tahun dibanding ibu tiri, Mia sebolehnya tidak mahu menghalang ibu bapanya untuk cari kebahagiaan.
“Jika ayah saya gembira dengan kawan saya (isteri baharu), bagus untuk mereka. Saya tidak mahu halang semua ini. Saya fikir sama juga untuk ibu bapa saya.
“Kalau mereka ada tanggapan saya bergembira untuk mereka, maka, saya pasti mereka juga tahu saya ada tanggapan supaya mereka gembira untuk saya.
“Situasi menang-menang,” tambahnya.