Setakat jam 6:00 pagi 16 Oktober 2021, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 98%, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Namun begitu, daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak telah pulih 100 peratus.
Hanya Kuala Lumpur baru 95.5 peratus manakala Klang 89.4 peratus.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Air Selangor yang telah memberikan khidmat yang cemerlang.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan semua kakitangannya dari atas ke bawah yang telah membantu orang ramai membantu pihak yang bermasalah dengan air sehari dua ini.
Semalam, Pakatan Harapan Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Selangor yang telah membuat persediaan dan perancangan rapi bagi mengendalikan masalah air di negeri itu.
Pengarah Penerangan PH Selangor, Azli Yusof (GAMBAR) dalam kenyataannya berkata, rakyat Selangor berterima kasih ke atas usaha yang dilaksanakan demi kesejahteraan semua.
Tambahan pula, katanya, apabila kemajuan kerja-kerja di lapangan yang dilaporkan secara lansung dan berterusan melalui media rasmi dan media social telah dapat diikuti oleh orang ramai.