Semakin banyak keganasan rumah tangga berlaku dalam pasangan suami isteri di Malaysia namun kebanyakan mereka memilih untuk tidak buat laporan polis.
Seorang wanita meluahkan perasaan mengenai suaminya yang sanggup angkat tangan selepas pergaduhan kecilnya bersama adik ipar.
“Nama aku Oyen (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri yang bekerjaya, dari aku sebelum kahwin pun aku memang dah biasa kerja dan hidup berdikari.
Dan aku juga seorang yang mementingkan keluarga. Kalau apa apa berkaitan keluarga, aku memang akan ada.
Nak dijadikan cerita, aku berkahwin dengan laki aku selepas enam bulan kami berkenalan. Aku dalam fasa broken, aku kenal laki aku.
Aku bagi tahu dia, aku malas nak buang masa. Sebab umur aku pun nak dekat 30. Kalau rasa nak kahwin, masuklah meminang. Dan betul betul dia pinang aku.
Dia pun okay dengan family aku, ramah dan seorang yang menjaga solat. Aku pun ok jela konon konon bercinta lepas kahwin itu sweet (rolling eyes).
Tapi betul cakap orang, kita takkan kenal pasangan kita selagi tak tidur satu bantal kan? Lepas kahwin, aku berubah 360. Aku jaga solat, aku pakai tudung.
Aku jadi isteri yang taat. Laki aku tak suka kawan kawan aku, aku tinggalkan mereka. Kiranya semua benda dia tak suka, aku tak buat.
Tapi berbeza dengan dia, kawan dia is everything. Dia akan lebih dengar pendapat kawan dia, dari aku.
Tapi masa tu baru kahwin, semua boleh dimaafkan, sampai lah time aku mengandung.
Tahun pertama kahwin, aku dah pregnant. Fasa aku mengandung, aku tahu perangai sebenar laki aku yang tak sukakan keluarga aku.
Bagi dia keluarga aku tak elok sebab abang aku seorang penagih.
Pernah aku bergaduh dengan dia sebab dia tak bagi aku balik rumah mak aku. Dia cakap taknak anak dalam perut aku terkenan perangai abang aku.
Aku terus menangis, aku teringat muka abang aku. Walaupun dia macam tu, dia tak pernah abaikan parents aku dan adik adik dia.
Tapi sampai hati laki aku cakap macamtu pasal abang aku.bSampai aku cakap dengan laki aku, kalau awak suruh saya pilih antara awak dengan abang saya, saya pilih abang saya.
Itu pertama kali aku bergaduh besar dengan laki aku. Kali kedua aku bergaduh besar sebab adik lelaki dia terjah masuk bilik aku time aku tengah baring.
Aku tengah sarat menunggu hari nak bersalin, aku termaki kan adik dia. Adik dia dah akil baligh kot.
Laki aku terus tumbuk aku, memancut darah dari mulut aku. Habis baju aku penuh darah.
Time tu aku menangis sebab aku tak sangka laki aku boleh sampai tahap itu. Aku cuba hubungi ayah aku, tapi laki aku rampas telefon aku.
Tiga hari lepas kejadian, aku bersalin. Tiga hari juga aku tak bercakap dengan laki aku. Aku pergi hospital pun naik Grab, korang bayangkan aku bersalin dengan mulut bengkak teruk.
Aku pulak jenis tak cerita dekat family aku pasal laki aku, konon konon jaga aib suami. Lepas aku bersalin, aku nekad nak cerai dengan laki aku.
Ibu aku tanya kenapa, bila aku bukak mask dan ibu aku terus mengucap tengok bibir aku bengkak.
Tapi aku rahsiakan daripada ayah aku, dengan doktor pun aku cakap aku jatuh.
Bila keluarga mertua aku tahu, dorang pujuk aku. Aku pun termakan pujukan mentua aku. Sebab mentua aku sangat baik, adik-beradik dia semua baik dengan aku.
Aku teruskan kehidupan dengan laki aku yang tak pernah ada rasa cinta langsung, aku cuma stay sebab anak aku.
Sekarang dah tiga tahun berlalu, tiga tahun juga aku yang bayar pengasuh anak aku, susu dan pampers pun aku yang tanggung.
Laki aku tetap sama macamtu cuma dia tak angkat tangan dengan aku, masih tak suka keluarga aku.
Sampai aku nak bawak anak aku balik kampung pun susah. Hal anak aku semua dia yang control. Sampai kadang kadang aku rasa aku macam takda hak sebagai seorang ibu.
Aku banyak kali cakap dengan dia, kahwin la lain sebab aku memang dah tak ada hati dengan dia.
Aku selalu doa dengan Tuhan, supaya dia ditemukan dengan orang lain. Sebab kalau aku minta cerai, dia takkan bagi anak dekat aku.
Biarlah Tuhan tu dengar doa aku. Supaya dia dah ada bini baru, aku dapat anak aku. Aku nak besarkan anak aku dengan cara aku.
Aku tak tahu, walaupun dah tiga tahun dia cakap pasal abang aku, sampai sekarang aku terngiang-ngiang kat telinga lebih daripada peristiwa dia tumbuk aku.
Sekian luahan seorang isteri yang berharap laki dia berubah dekat perempuan lain.”
Baca juga: Lelaki menyesal beli baju bundle, baru nampak logo arak lepas jadi imam solat Maghrib