“Aku dah cakap tak nak kahwin, tapi mak paksa dengan alasan menantu dia kerja kerajaan, senang dapat bantuan”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak marah jika bertahun bercinta tapi hubungan tak dihalalkan, tapi lebih baik putus daripada bergelar janda atasan alasan tak berguna.

Seharusnya setiap orang itu kekal dengan pendirian mereka dan tidak terlalu mendengar kata orang yang mampu membinasakan diri.

Seorang lelaki, Labu (bukan nama sebenar) berkongsi bagaimana bekas isteri perna memaksanya berkahwin hingga mereka akhirnya bercerai.

Dulu aku ada kenal satu perempuan ni. Dia ni cikgu. Tapi tu la, perempuan belajar tinggi-tinggi ni kebanyakannya pandai dalam akedemik ja. Tapi bodoh dalam kehidupan.

Aku gelarkan dia Zombi. Aku kenal Zombi melalui member aku. Mula-mula berkawan ja. Lepas tu ada la rasa mesra sikit dengan dia.

Dia tu awal-awal konon pemalu. Biasa la perempuan jenis ustazah. Kononnya jaga kesopanan dengan lelaki.

Lama-lama dia dah selesa dengan aku, tapi aku pula yang hilang keselesaan dengan dia. Sebabnya aku tak boleh terima cara dia bercakap dan berfikir.

Dia kalau nak mula satu topik, dia tak benarkan aku bercakap. Asyik dia ja bercakap dan sentiasa potong apa yang aku bercakap.

Lepas tu suka cakap meleret dan mengedik. Aku tak suka perempuan macam tu, ibarat dia saja la betul.

Lepas tu sentiasa bajet dia ja la ahli syurga. Dan banyak lagi isu-isu lain yang aku malas nak mention. Maksudnya aku dah rasa tak de keserasian dengan dia.

Aku berterus terang dengan dia nak putus. Aku dah highlight semua benda yang aku tak selesa pada dia.

Sebab bagi aku, komunikasi sangat penting dalam sebuah kehidupan rumah tangga. Kalau benda tu gagal bagi aku, macam mana ke depan nanti.

Dia menangis minta peluang. Katanya dia boleh ja ubah semua benda tu. Benda tu perkara kecil baginya tapi dah 30 tahun perangai macam tu bukan senang nak berubah.

Dua tahun aku bagi peluang. Tapi masih macam tu, benda tu tetap berulang. Aku ni pula jenis yang baran.

Banyak kali jugak aku maki dia sebab stress dengan perangai dia. Dia kalau bercakap, macam anai-anai tepi telinga.. Bengang sangat rasa. Kami selalu bergaduh la.

Kali ni aku nekad nak putus. Biasa la perempuan, dia guna ayat dua tahun aku mainkan dia.. Dua tahun kononnya dia setia, tolak lelaki lain demi aku.

Sedangkan dari awal aku minta putus, dia asyik merayu minta peluang. Aku ungkit jugak semua tu. Bukan aku suruh dia stay.

Berulang kali aku suruh dia lupakan aku tapi dia yang asyik nak peluang peluang peluang. Asyik ajak kahwin kahwin kahwin. Katanya dah sangat cintakan aku.

Dia kata sebab tu kena kahwin, lepas kahwin dia pasti berubah. Kononnya taat pada suami. Puiii. Aku nak kahwin macam mana kalau aku tak suka.

Dia ingat perkahwinan tu satu trial kot. Tapi bagi dia kena kahwin dulu, baru aku akan nampak keberkesanan perkahwinan.

Lepas tu dia kata aku yang kena didik dia. Perlahan-lahan kena ubah dia jadi macam aku nak. Aku cakap simple ja, aku bukan pendidik macam dia.

Dan yang penting, aku tak ada perasaan cinta atau sayang kat dia. Awal-awal dulu maybe satu tarikan ja. Tapi lama kelamaan aku sedar aku tak ada perasaan apa pun pada dia. Makin hari rasa makin benci.

Dia kata aku asyik memandang kelemahan dia ja.. Kebaikan dia aku tak nampak.. Masalahnya aku memang tak nampak apa-apa kebaikan dia. Aku selalu stress dengan dia.

So hari tu aku nekad nak putus. Dia nak terima ka tak ke. Lantak pi kat dia. Lepas tu aku blok dia dari semua benda.

Dia memang cuba reach aku dari nomborlain.Tapi aku keep blok. Sebab aku memang tak nak dah drama ni berlanjutan.

Nanti makin lama, dia kata aku tipu dia 10 tahun la, 100 tahun la.. Malas la aku dengan perempuan play victim.

Tapi aku tak sangka. Dia libatkan keluarga. Hari tu aku tengah tidur. Sebenarnya aku kena suspend kerja 2 minggu.

Sebab berlaku kecurian dalam gudang. Walaupun aku tak buat, kononnya last aku yang jaga gudang, so majikan suspect aku terlibat.

Sementara nak siasat kes tu, bos gantung tugas aku.. Aku tak kisah la yang tu. Sebab aku tahu aku bukan pencuri.

Bawa keluarga datang jumpa

So pagi tu dia datang dengan keluarga dia, siap panggil aku penipu sebab mainkan hati anaknya tapi dia tak tahu keluarga aku pun toksik tapi aku tetap hormat mak bapa aku.

Family dia tu kan konon islamic. Bapa dia kata aku keluar sana sini dengan anak dia, semua sanak saudara dia tahu.

Sekarang tak nak kahwin pulk. Orang akan tuduh anak perempuan dia tak baik. Dan alasan aku reject tu tak logik katanya. Macam tak ada alasan kukuh.

Macam aku murahkan maruah anak dia, nanti tak ada orang akan kahwin dengan anak perempuan dia.

Mak aku pulak suruh aku kahwin. Sebabnya susah nak dapat isteri cikgu. Nanti apa-apa nak berniaga dia boleh tolong. Macam tu la mentality family aku. Asal kerajaan ja semua gah.

Kerana ugutan demi ugutan, tekanan demi tekanan. Aku terpaksa jugak kahwin dengan dia. Muka dia nampak la gembira tapi bukan aku.

Lepas kahwin bapa aku suruh aku duduk rumah mak bapa dia. Aku ikut ja la. Sebab cakap melebih pun bukan ada orang nak dengar pendapat aku.

Lagipun nak sewa asing aku pun tak mampu. Tapi hati aku mati sebenarnya. Aku tak happy langsung. Family aku happy dapat menantu cikgu. Boleh jajah satu dunia, menantu cikgu menantu kerajaan.

Dia boleh jajah satu dunia. Dia dah ada suami. Aku bukan nak hina dia. Tapi dia memang jenis perempuan gemuk. So dia happy la kot finally dia dah kahwin. Kononnya dia rasa diri dia laku.

Tapi aku tak kisah pasal rupa pun. Tapi bila hati tak de keserasian, semua benda yang dia buat asyk nampak salah di mata aku.

Isteru buat onar

Dekat keluarga dia pun dia cerita katanya aku tak pernah sentuh dia. Berlaku banyak pergaduhan la masa tu.

Keluarga aku datang rumah dia. Semua berkumpul. Ayah dengan mak aku macam biasa la, maki dan salah kan aku tapi aku dah tak ada hati dan luah nak cerai.

Tiba-tba rasa pedih kat pipi. Bapa aku tampar aku, muka perempuan tu nampak macam satu kepuasan la kot sebab aku kena penampar.

Aku ceraikan isteri dengan talak tiga selepas asyik terima tekanan daripada dua keluarga, aku dah tak sanggup hidup macam zombi.

Lepas bercerai dia ada minta rujuk semula tapi aku cakap aku dah lafaz talak tiga, kalau nak kahwin dia kenalah kahwin dengan lelaki lain dulu.

Mulalah jadi mangsa, terpaling sedih tapi dia sendiri tak hormat keputusan aku untuk putus sampai paksa aku kahwin dengan dia.

Baca juga: “Ipar sibuk sindir aku pasal zuriat, rahsia suami pula yang pecah bila mentua jumpa bomoh”