Bagi yang curang ni, selagi tak kantoi selagi itulah tidak akan timbul rasa penyesalan, bila pasangan berubah barulah diri tersedar.
Pasangan yang halal ada depan mata, saat susah senang, orang lain juga dicari konon untuk hiburkan diri sampai lalai dalam dosa.
Seorang lelaki akui rasa bersalah dengan isteri selepas kantoi tidur dengan wanita yang juga tunangan orang.
Di bawah adalah luahan dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Saya seorang suami dan kami dah berkahwin selama lapan tahun. Sepanjang perkahwinan kami bahagia sangat.
Gaduh boleh dikira berapa kali dalam setahun, cuma rezeki kami belum dikurniakan zuriat tapi tu tak bermakna kami tak bahagia.
Tapi segalanya bermula apabila saya kenal seorang perempuan di media sosial. Awalnya cuma nak mesej untuk hilangkan bosan.
Kami semakin rapat sehingga akhirnya terlanjur. Saya tipu isteri semata nak bersama buat dosa dgn perempuan tu. Untuk pengetahuan ramai, perempuan tu tunangan orang.
Naluri isteri, Tuhan nak tunjuk yang sepandai tupai melompat akhirnya terciduk. Sepanjang kami kahwin, tak pernah sekali dia ‘check’ telefon saya.
Entah mcm mana dia boleh check dan kantoi segalanya serta isteri buat keputusan untuk lari dari rumah.
Saya pujuk dan isteri balik semula tapi dai berubah 360 darjah, tiada lagi senyuman dekat muka dia malah dia sering meracau sebab trauma.
Bercakap pun tidak dengan saya. Saya menyesal sangat, selama ni dia ada depan mata, tak pernah saya hargai.
Saya abaikan dia sedangkan dia hanya setia dengan saya. Moga Allah terima taubat saya. Menyesal pun tak guna, sekarang hanya masa boleh ubat luka.
Saya akan cuba pertahankan perkahwinan kami sebab isteri adalah segala-galanya untuk saya.
Kepada suami di luar sana, tolong jangan curang, itu pilihan bukan takdir. Sekali kau curang sampai mati dia tak akan percaya dengan kau.
Mungkin lepas ni tak akan sama tapi sekurang-kurangnya saya dapat tengok dia senyum semula.
Baca juga: “Serabut gila kahwin dengan isteri sakit jiwa, asyik ugut nak mati dan cederakan diri sendiri”