“Aku tahu suami aku mampu poligami, tapi macam mana dengan perasaan aku, sia-sia 18 tahun berkahwin…”

Oleh MAISARAH AISYA

Memang benar lelaki yang mampu boleh berkahwin empat, adil dari segi kewangan itu mungkin pasti tapi bagaimana adil dalam perasaan.

Mustahil untuk sayang sama rata, pastinya yang baru akan diberi lebih rasa kasih hingga akhirnya isteri lama merasa terpinggir.

Seorang wanita yang berkahwin hampir 20 tahun terkejut bila mengetahui suami tersayang sebenarnya ada kekasih hati satu pejabat dengan mereka.

“Pertamanya seperti yang semua baca, aku tak terima poligami. Aku tak kuat untuk terima poligami.

Walaupun aku tahu suami aku mampu, tapi aku yang tak boleh terima untuk dimadukan. Ini cerita setahun yang lalu, namun masih menghantuiku. Kisahnya begini.

Latar belakang aku dan suami bekerja di bawah satu syarikat yang sama. Suami aku manager bahagian pemasaran, dan aku manager bahagian kewangan.

Baca Artikel Penuh