Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan asset sebenar yang dimilikinya sejak berniaga dari umur muda yang muda.
Menurut usahawan itu, beliau mengaku memiliki 400 hingga 500 buah rumah sehingga sekarang.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata dia mula membeli rumah-rumah tersebut semenjak usia muda lagi.
Menurut Aliff, dahulu harga untuk sebuah rumah jauh lebih murah berbanding sekarang dan ia menjadi faktor untuk dirinya mengumpul aset.
“Sejujurnya saya ada 400 ke 500 buah rumah, saya pun tak ingat berapa sebab banyak. Saya mula beli rumah sejak umur 21 tahun.”
Beliau turut berkongsi pengalaman memiliki rumah pertamanya yang berharga rendah pada masa itu.
“Rumah pertama saya tak mahal, RM99,000 sahaja. Rumah teres corner lot di Puncak Alam. Dulu rumah murah.”